Tuesday, January 11, 2011

Hari yang Sempurnakan hidup ku (27.11.2010 & 28.11.2010)

Setelah sekian lama menyepi di atas alasan kesibukkan mengurus kan Hal2 rumahtangga. Hari ini baru ada masa buka Blog..huhu22..sungguh terharu...dengan itu aku mula kan dengan kejadian2 peristiwa yg berlaku di akhir tahun 2010.

Majlis pada 27.11.2010 (Sabtu)

Jatuh pada hari Sabtu, pagi2 lagi aku sudah bersiap sedia menanti kan kekanda ku En Izwan Amri mengambil ku dari rumah bonda ku untuk pergi menziarahi pusara ayahanda ku dan ayahanda serta bonda kekanda ku. Rasa hiba dan syahdu x terhingga tanpa ku sendari air mata ku mengalir tanpa henti..Rindu yg teramat pada arwah ayahanda ku x terkira. Sekiranya arwah ada pasti nya dia la org yg paling sibuk sekali dlm menguruskan hal2 keluarga.
Tapi aku bersyukur kerna aku masih mempunyai Bonda ku x seperti suami ku yg telah kehilangan kedua2 orang tua nya..Semoga Arwah Allahyarham Abah ku dn Allahyarham Bapak dan Ibu Mertua ku di letakkan bersama2 dgn org yg beriman..AL-FATIHAH..

Majlis berkhatam Al-Quran (10.00pagi)

Majlis di mulakan dgn Majlis Berkhatam Al-Quran yg di anggotai oleh sy sendiri, anak2 saudara ku yg tersayang iaitu Rosadzlyna Roslan, Nurafriena Aminuddin, Rosadzriena Roslan,Fatin Nabila Yusrizal, Fatin Nurashiqin Yusrizal, adik kesayangan ku Siti Hajar Nordin serta sepupu ku yg handsome Mohd Nadzri Zainal Abidin. Majlis di iringin oleh kumpulan Marhaban dari Kg Batu Laut yg di ketuai oleh Ustaza Samsiah.
Alhamdullilah semuanya berjalan dgn baik.

Majlis Pernikahan (5ptg)

Pada Jam 5.00ptg kami selamat di ijab qabul kan oleh Kadi daerah Batu Laut iaitu Ustaz Suhaimi. Dengan satu lafaz diri ku sah menjadi isteri kepada En Izwan Amri Hj Sabari. Alhamdullilah majlis berjalan dengan aman, tenang dan selamat. Perasaan ku sebelum majlis bermula sungguh mendebarkan seluruh tubuh ku menggigil kesejukkan....tapi apabila melihat wajah suami ku semua perasaan kembali ceria dan tenang.

Majlis Malam Berinai (8.30mlm)

Pada jam 8.30mlm bermula la Majlis berinai. Macam2 posing terpaksa kami lakukan naik letih satu badan di buatnya walaubagaimana pun kami sungguh bahagi sungguh gembira pada malam itu. So dengan adanya Majlis Malam Berinai maka berakhir la program pada hari sabtu..so to be continue next day..

Majlis Persandingan ku pada 28.11.2010 (Ahad)

Hari persandingan ku jatuh pada hari kelahiran ku maka genap la aku 31tahun pada tahun 2010. Alhamdullilah segala apa yg di rancang semuanya berjalan denga sempurna.

Majlis Persandingan

Sebahagian dari Ahli2 keluarga kedua mempelai


Sebahagian dari sahabat Hadai mempelai

Terima kasih kepada semua yg terlibat dalam menjayakan Majlis ini. Segala susah payah, penat lelah kalian semua akan kami ingati sampai akhir hayat.








1 comment:

  1. happy wedding adik ku ros & am...
    akak doa kan korang dapat anak cepat2 dan bahagia hingga hujung nyawa.......amin....

    ReplyDelete