Wednesday, November 16, 2011

Alhamdullilah Syukur kepada ALLAH..Lahir nya Puteri kami "ANNISA AMRI BINTI IZWAN AMRI"

Sekian lama sudah tidak membuka blgg...

Kali ini aku akan menceritakan detik2 ak melahir kan Puteri sulung kami iaitu "ANNISA AMRI BINTI IZWAN AMRI"..

Dilahirkan pada 26, Julai 2011 pd jam 4.45ptg di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Pada hari yg sama di waktu pagi aku berada di Hospital Besar Banting sudah 4 hari aku di masukkan wad di atas penyakit Darah tinggi yg ku hadapi. Jam 10.00pagi doktor pakar dari Hospital Klang telah memeriksa kandungan ku ketika itu didapati Degupan Jantung Bayi yg ku kandung sangat lemah ketika tu..Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu..Doktor mengarahkan Hospital Banting menghantar aku ke Hospital Klang dengan segera. Jantung aku semakin laju2 dan laju..takut nya yg amat sekali, mujur la Suami tercinta serta keluarga tersayang memberi semangat kepada ku..

Jam 2ptg aku di bawa ke Hospital Klang menaiki Ambulance, suami, kakak Ngah dan bonda tersayang mengikut ambulane dari belakang..Jam 3ptg aku samapi di Hospital Klang. Dengan sepantas kilat aku di periksa oleh doktor2 dan jururawat di sana. Jam 4ptg Doktor memberitahu bahawa aku terpaksa bersalin melalui pemedahan bagi meyelamat kan bayi yg aku kandung kan..Hati aku semakin kencang dan laju...aku bermohon kdp ALLH semoga semuanya selamat..

Ketika aku di bawa ke bilik pemedahan aku melihat wajah suami ku dan kakak ku sayup rasa nya ketika itu..rasa nk menangis semahu2 nya...aku redha dan ku kuat kan semangat ku demi anak tercinta serta keluarga tersayang..terasa yang amat sakit sangat ketika pakar bius memasukkan ubat dari tulang belakang ku seakan2 terkena kejatan Elektrik..selepas itu pemedahan di jalankan, terasa juga ketika Doktor mengeluarkan bayi ku tp x sakit...selama 20 minit aku di biki pemedahan. Ketika doktor berjaya mengeluarkan bayi ku, aku merasa pelik kerana aku tidak mendengar langsung suara tangisan bayi ku, fikiran ku mula memikir tentang perkara2 yg tidak baik..selang beberap minit aku terdengar suara bayi kecik ku ALHAMDULLILAH akhir nya aku dpt mendengar tangisan nya..

Aku tidak dpt melihat wajah puteri ku ketika tu kerana bayi ku tu perlu di bawa ke wad ICU tingkat 6 dengan segera. Selesai pemedahan jam 5.30ptg. Keluar sahaja dari bilik Pemedahan sekali lagi aku terlihat wajah Suami ku dan kakak tersayang ku..kali ini air mata ku tidak terhanan lagi..aku terus di bawa ke bilik wad bersalin..ketika itu aku masih dlm sedar x sedar..dan aku x tau siapa yg datang menziarahi aku ketika itu..seminggu aku berada di Wad bersalin Hospital Klang, aku rasa tertekan dan rasa cukup x selesa ketika di sana. Rasa macam nk menjerit..Setelah seminggu aku berada di hospital Klang, aku di benarkan pulang pada 1 Ramadhan.

Sedih dan sayu terpaksa meninggal anakanda tersayang di Hospital. Mama Redha dn akan sentiasa mendoakn yg terbaik buat anak mama. Setelah aku berurut selama seminggu aku dn suami berulang ke hospital klang melihat keadaan anakanda tersayang serta menghantar susu untuk nya..Hari2 air mata ku tidak henti2 mengalir setiap kali memandang wajah kecik anakanda ku. Hampir setiap malam mata ku ini tidak boleh melelap kan mata. Pada malam Raya aku masih di Hospital menemani anakanda ku..tp kali ini hati merasa senang sedikit kerana aku di benarkan duduk di wad bersama2 dgn anakanda ku..perasaan ku ketika itu sungguh gembira aku langsung tidak memikirkan tentang Hari Raya.

Ketika malam kami 2 beranak mendengar takbir raya dari masjid sayu rasa nya tiba2 rindu plak dgn suami dan keluarga tercinta..lagi sekali diri ku ini di uji..aku redha dgn ketentuaanya..Doktor memberitahu aku anakanda ku sihat cuma berat badan nya perlu naik sehingga 1.8kg baru di benarkan pulang ke rumah. Selama 2 minggu aku berada di wad 6 bersama anakanda ku genap aku berpantang 44hari pagi tu doktor membenarkan aku pulang membawa anakanda tercinta. Syukur ALHAMDULLILAH kepada ALLAH akhir nya aku dpt berkumpul semula dn keluarga tercinta ku.

Ketika usia 35hari berat 1.6kgs


Akhir nya ANNISA AMRI BINTI IZWAN AMRI pulang ke rumah dengan selamat...Semoga menjadi anak yg soleha..AMIN..

No comments:

Post a Comment